American breakfast
Sunday, 10 March 2013
Friday, 8 March 2013
Refleksi Minggu 2
Komen
dan penilaian hidangan
ü Peralatan
tidak mencukupi seperti mangkuk kecil, mangkuk adunan, wire whisk, span dan
sabun pencuci pinggan.
ü Persembahan
makanan bagi hidangan poached egg, frech toast, baked beans dan sausage
kelihatan menarik kerana terdapat penggunaan kombinasi pelbagai warna seperti
merah, kuning dan putih tetapi susunan hidangan tersebut kelihatan sedikit
berselerak.
ü Tekstur
poached egg yang dimasak kurang menjadi kerana telur kuningnya kurang masak.
ü Persembahan
hidangan pancake kelihatan sangat unik dan menarik.
ü Tekstur
pancake yang dihasilkan kurang kenyal mungkin kerana kuantiti serbuk penaik
yang tidak mencukupi.
ü Tiada borang
markah dan komen daripada kumpulan yang
menilai diberikan kepada kumpulan yang dinilai bagi mengelakkan berlakunya
kesilapan merekod markah untuk diletakkan dalam laporan.
Kelemahan/kesilapan
dan cara mengatasi
ü Kami perlu
mempelajari lebih banyak maklumat mengenai cara susunan hidangan bagi American
breakfast agar persembahan hidangan tersebut kelihatan kemas dan menarik.
ü Tempoh
penyediaan bagi poached egg perlu ditambah lebih lama sedikit lebih kurang 3
minit lagi daripada tempoh yang dimasak sebelum ini iaitu 3 minit agar tekstur
telur kuningnya masak dengan sempurna.
ü Kuantiti
serbuk penaik yang digunakan perlu disukat dengan betul mengikut sukatan di
dalam resepi bagi mengelakkan pancake yang dihasilkan tidak kenyal.
ü Pada kelas
amali akan datang, borang penilaian hidangan yang telah diberi markah dan komen
daripada kumpulan yang menilai perlu disediakan dan diberikan kepada kumpulan
yang dinilai bagi mengelakkan berlakunya kesilapan merekod markah bagi
diletakkan di dalam laporan.
American Breakfast
Resipi : Omelet (1 porsi)
Bahan-bahan
1 biji telur
1 sudu
besar mentega
1 g
garam
2 g lada
putih
10 g
tomato (dipotong dadu)
10 g cendawan tin (dihiris)
10 g bawang
holland (dipotong dadu)
Cara penyediaan
1.
Pukul telur. Perasakan dengan garam dan
lada putih dan kacau sehingga sebati.
2.
Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3. Masukkan telur yang telah dipukul. Kemudian letakkan tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.
4. Setelah telur hampir masak, lipatkan
telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.
s Resipi : Sunny-side up (1 porsi)
Bahan-bahan
1 biji telur
1 sudu
besar minyak masak
Cara penyediaan
1. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam
kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.
2.
Panaskan minyak di dalam kuali.
3.
Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng
sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.
Resipi : Poached
egg (1 porsi)
Bahan-bahan
2 biji telur
¼ periuk air
1 ½ sudu besar cuka
2 g garam
Cara penyediaan
1.
Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga
separa mendidih.
2.
Masukkan cuka dan garam ke dalam air.
3.
Pecahkan telur di dalam bekas berasingan.
Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur
tidak pecah.
4.
Pastikan telur membentuk dan masak
sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.
Resipi : Scramble
egg (1 porsi)
Bahan-bahan
1 biji telur
2
sudu besar susu segar
1
sudu besar mentega
1g garam
2
g lada putih
Cara penyediaan
1.
Campurkan semua bahan dan pukul sebati.
2.
Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3.
Masukkan adunan ke dalam kuali yang
telah panas.
4.
Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan angkat
sebelum telur terlalu masak (kering).
Resipi : French
Toast (1 porsi)
Bahan-bahan
2 ½ sudu
besar susu segar
1 ½ sudu
besar mentega
2 keping
roti
Cara penyediaan
1.
Kemaskan roti dengan memotong bahagian
tepi roti. Langkah ini dikenali sebagai ‘trimmed’
2.
Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan
bentuk segitiga)
3.
Sapukan mentega pada kedua-dua permukaan
roti tersebut.
4.
Masukkan roti ke dalam kuali yang dipanaskan sehingga roti itu berwarna
keperang-perangan.
Resipi : Sausage
and Baked Bean (1 porsi)
Bahan-bahan
2 biji sosej
2 sudu kacang panggang
Cara penyediaan
1.
Rebus sosej dan toskan.
2.
Susun atas pinggan dan letakkan kacang
panggang.
Resipi : Pancake
(1 porsi)
Bahan-bahan
Bahan kering Bahan basah
200 g tepung 2 biji
telur
23 g
gula 340 ml
susu
10 ml
sebuk penaik 42 g minyak masak
½ sudu
kecil minyak
1.
Campurkan semua bahan kering dan diayak.
2.
Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair
seperti telur yang telah dipukul bersama susu dan minyak.
3.
Satukan bahan basah ke dalam bahan
kering dan gaul sehingga sebati.
4.
Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan
pancake daripada melekat.
5.
Tuangkan pancake di tengah-tengah kuali
dengan menggunakan ladle.
6.
Masak pancake sehingga
keperang-perangan.
7.
Hidangkan bersama madu.
Hidangan American Breakfast Chef Farhain minggu ini
American breakfast
Definisi Sarapan
Perkataan SARAPAN
bermakna
berbuka puasa selepas jangka masa yang panjang. Ia asalnya bermula di England. Antara
sarapannya adalah terdiri daripada Ham Bacon,
jus buah-buahan dan bijirin .
Waktu
sarapan pagi bermula 7:00 a.m. - 10:00 a.m.
Terdapat
tiga jenis sarapan :
§ American
Breaskfast
§ Continental
Breakfast
§ English
Breakfast
Monday, 4 March 2013
Refleksi minggu 1
Pembelajaran
kelas pertama untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066)
bersama En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim sebagai tenaga pengajar amat
menyeronokkan. Kami telah mempelajari mengenali beberapa jenis pisau dapur,
teknik memegang pisau dengan betul dan jenis-jenis potongan asas sayuran.
Kami perhatikan ruang bengkel masak
semester ini mengalami sedikit perubahan terutamanya dari segi susun atur
alatan di mana kami dapat menggunakan bengkel masak dengan begitu selesa
sekali. Namun demikian, masalah singki bahagian unit kami masih lagi tersumbat.
Diharap, pembaikian dapat dilakukan secepat mungkin agar kami dapat menjalani
pembelajaran tanpa sebarang masalah atau menukar sahaja kumpulan kami di
bahagian unit lain.
Kami banyak mendapat perkongsian ilmu baru daripada tenaga pengajar. Kesimpulannya,
pembelajaran pada minggu ini adalah pada tahap memuaskan dan kami akan perbaiki
segala kelemahan kami untuk amali seterusnya. Peningkatan dari semasa ke semasa
akan kami buktikan kepada En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim.
Kaedah saute
Saute adalah
kaedah memasak dalam masa yang singkat dengan menggunakan sedikit lemak misalnya
seperti minyak atau mentega. Dalam kaedah saute, semua bahan dipanaskan sekali
gus dan dimasak dengan cepat untuk mengelakkan makanan terlebih masak dan
hangus. Bahan-bahan akan digerakkan dalam kuali dengan cepat sama ada oleh
penggunaan alatan atau dengan berulang kali melambung kuali tersebut. Bahan-bahan
dibiarkan menjadi keperang-perangan dan terus dihidang. Dalam kelas amali kali
ini, kami menggunakan kaedah sauté dengan menggunakan minyak dan ditambah
dengan sedikit bahan penambah rasa seperti serbuk lada hitam dan gula perang
Kaedah mencelur(blanching)
Mencelur(blanching) ini kadangkala di gelar juga “water blanching”
kerana kaedah ini hanya menggunakan air didih untuk separa sayur dimasak
sebelum menggoreng cara biasa. Caranya adalah apabila air mendidih, masukkan
sayuran yang telah dipotong. Setelah masak, toskan dan dengan serta-merta
lalukan air paip atau masukkan di dalam bekas air berisi ais. Proses ini adalah
untuk memberhentikan haba yang masih terdapat dalam sayur yang akan memasak
sayur itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)













