Sunday 21 April 2013

Minggu 7 (Chicken Main Course)


Kelas amali Penyediaan Makanan Barat pada minggu ini kami telah mempelajari dan menyediakan hidangan bagi Chicken Main Course. Main course biasanya terdiri daripada hidangan utama yang berat dan penuh nutrisi misalnya seperti ayam, daging dan ikan. Kebiasaannya main course juga diringi dengan beberapa jenis hidangan lain contohnya seperti ubi kentang, lobak merah dan brokoli. Terdapat 4 set hidangan yang kami perlu sediakan bagi Chicken Main Course iaitu  Chicken Cordon Bleu served with Mushroom Sauce accompanied with Cream of Spinach and Parsley Potato (Set A), Spicy Roasted Chicken served with Two Combination of Sauce accompanied with Pommes Duches and Chef Selected Vegetables (Set B), Stuffed Chicken served with Spinach Cream Sauce accompanied with Baked Jacket Potato and Sauted Broccoli and Carrot (Set C) dan Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and Sauted Broccoli and Carrot (Set D). Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menyediakan hidangan Chicken Main Course bagi Set A iaitu Chicken Cordon Bleu served with Mushroom Sauce accompanied with Cream of Spinach and Parsley Potato.