Monday 4 March 2013

Refleksi minggu 1


Pembelajaran kelas pertama untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066) bersama En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim sebagai tenaga pengajar amat menyeronokkan. Kami telah mempelajari mengenali beberapa jenis pisau dapur, teknik memegang pisau dengan betul dan jenis-jenis potongan asas sayuran.
            Kami perhatikan ruang bengkel masak semester ini mengalami sedikit perubahan terutamanya dari segi susun atur alatan di mana kami dapat menggunakan bengkel masak dengan begitu selesa sekali. Namun demikian, masalah singki bahagian unit kami masih lagi tersumbat. Diharap, pembaikian dapat dilakukan secepat mungkin agar kami dapat menjalani pembelajaran tanpa sebarang masalah atau menukar sahaja kumpulan kami di bahagian unit lain.
Kami banyak mendapat perkongsian ilmu baru daripada tenaga pengajar. Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu ini adalah pada tahap memuaskan dan kami akan perbaiki segala kelemahan kami untuk amali seterusnya. Peningkatan dari semasa ke semasa akan kami buktikan kepada En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim.

1 comment: