Friday 8 March 2013

Refleksi Minggu 2


Komen dan penilaian hidangan

ü  Peralatan tidak mencukupi seperti mangkuk kecil, mangkuk adunan, wire whisk, span dan sabun pencuci pinggan.

ü  Persembahan makanan bagi hidangan poached egg, frech toast, baked beans dan sausage kelihatan menarik kerana terdapat penggunaan kombinasi pelbagai warna seperti merah, kuning dan putih tetapi susunan hidangan tersebut kelihatan sedikit berselerak.

ü  Tekstur poached egg yang dimasak kurang menjadi kerana telur kuningnya kurang masak.

ü  Persembahan hidangan pancake kelihatan sangat unik dan menarik.

ü  Tekstur pancake yang dihasilkan kurang kenyal mungkin kerana kuantiti serbuk penaik yang tidak mencukupi.

ü  Tiada borang markah dan  komen daripada kumpulan yang menilai diberikan kepada kumpulan yang dinilai bagi mengelakkan berlakunya kesilapan merekod markah untuk diletakkan dalam laporan.

Kelemahan/kesilapan dan cara mengatasi

ü  Kami perlu mempelajari lebih banyak maklumat mengenai cara susunan hidangan bagi American breakfast agar persembahan hidangan tersebut kelihatan kemas dan menarik.

ü  Tempoh penyediaan bagi poached egg perlu ditambah lebih lama sedikit lebih kurang 3 minit lagi daripada tempoh yang dimasak sebelum ini iaitu 3 minit agar tekstur telur kuningnya masak dengan sempurna.

ü  Kuantiti serbuk penaik yang digunakan perlu disukat dengan betul mengikut sukatan di dalam resepi bagi mengelakkan pancake yang dihasilkan tidak kenyal.

ü  Pada kelas amali akan datang, borang penilaian hidangan yang telah diberi markah dan komen daripada kumpulan yang menilai perlu disediakan dan diberikan kepada kumpulan yang dinilai bagi mengelakkan berlakunya kesilapan merekod markah bagi diletakkan di dalam laporan.

American Breakfast

 Resipi   : Omelet (1 porsi)


 Bahan-bahan
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 g garam
2 g lada putih
    10 g tomato (dipotong dadu)  
    10 g cendawan tin (dihiris)
    10 g bawang holland (dipotong dadu)

Cara penyediaan
1.      Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati.
2.      Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3.     Masukkan telur yang telah dipukul. Kemudian letakkan tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.
4.     Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.


s         Resipi   : Sunny-side up (1 porsi)


Bahan-bahan
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan
1.   Pecahkan telur di dalam  bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.
2.      Panaskan minyak di dalam kuali.
3.      Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.


         Resipi    : Poached egg (1 porsi)

Bahan-bahan
2 biji telur
¼ periuk air
1 ½ sudu besar cuka
2 g garam

 Cara penyediaan 
1.      Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih.
2.      Masukkan cuka dan garam ke dalam air.
3.      Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah.
4.      Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.

     
       Resipi   : Scramble egg (1 porsi)


Bahan-bahan         

1 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1g garam
2 g  lada putih

Cara penyediaan
1.      Campurkan semua bahan dan pukul sebati.
2.      Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3.      Masukkan adunan ke dalam kuali yang telah panas.
4.      Kacau  telur tersebut perlahan-lahan dan angkat sebelum telur terlalu masak (kering).



Resipi   : French Toast (1 porsi)


Bahan-bahan
2 ½ sudu besar  susu segar
1 ½ sudu besar  mentega
2 keping roti

Cara penyediaan
1.      Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali   sebagai ‘trimmed’
2.      Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga)
3.      Sapukan mentega pada kedua-dua permukaan roti tersebut.
4.      Masukkan roti ke dalam  kuali yang dipanaskan sehingga roti itu berwarna keperang-perangan.



Resipi   : Sausage and Baked Bean (1 porsi)


Bahan-bahan
       2 biji sosej
 2 sudu kacang panggang

Cara penyediaan
1.      Rebus sosej dan toskan.
2.      Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.


Resipi   : Pancake (1 porsi)



Bahan-bahan
Bahan kering                                     Bahan basah
200 g tepung                                     2 biji telur   
23 g gula                                           340 ml susu
10 ml sebuk penaik                           42 g minyak masak
½ sudu kecil minyak    
                      
       Cara penyediaan
1.      Campurkan semua bahan kering dan diayak.
2.      Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul bersama susu dan minyak.
3.      Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati.
4.      Panaskan  kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat.
5.      Tuangkan pancake di tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle.
6.      Masak pancake sehingga keperang-perangan.
7.      Hidangkan bersama madu.


   Hidangan American Breakfast Chef Farhain minggu ini




                                                                   American breakfast


Definisi Sarapan



Perkataan SARAPAN bermakna berbuka puasa selepas jangka masa yang panjang. Ia asalnya bermula di England. Antara sarapannya adalah terdiri daripada  Ham Bacon, jus buah-buahan dan bijirin .

Waktu sarapan pagi bermula 7:00 a.m. - 10:00 a.m.

Terdapat tiga jenis sarapan :

§  American Breaskfast
§  Continental Breakfast
§  English Breakfast