Sunday, 14 April 2013

Resepi Minggu 6

Pasta Bolognese



                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
Sos Bolognese
25
gram
mentega
mangkuk
20
gram
bawang putih
mangkuk
40
gram
bawang besar Holland

mangkuk
20
gram
lobak merah                    
mangkuk
20
gram
seleri
mangkuk
5
gram
daun bay
mangkuk
200
gram
daging lembu
mangkuk
20
gram
tomato concasse
magkuk
20
gram
cendawan butang
mangkuk
2
tbsp
tomato puri
mangkuk
1/2
tbsp
oregano
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk
Pasta
300
gram
spaghetti
periuk, penapis besi dan penyepit
10
ml
olive oil
jug penyukat


Langkah-langkah:
1.         Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
2.        Setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan masukkan dalam bekas berisi ais. Toskan dan gaul dengan sedikit olive oil.
3.       Dalam masa yang sama, panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang.
4.         Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang.
5.         Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan cendawan dan oregano. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Sesuaikan rasa.






Lasagna


                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan

60
gram
keju Ricotta
mangkuk
20
gram
keju Parmesan
mangkuk
20
gram
telur
mangkuk
30
gram
kepingan pasta Lasagna
periuk
400
gram
sos Bolognese
mangkuk
60
gram
keju Mozarella
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk

Langkah-langkah:
1.         Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
2.         Setelah mendidih, masukkan kepingan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan bilas di dalam bekas berisi ais. Angkat dan toskan.
3.         Campurkan kesemua keju ricotta, parmesan dan telur. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
4.         Letakkan lapisan pertama kepingan pasta ke dalam loyang yang telah di glis minyak. Kemudian, lapis dengan sos Bolognese untuk lapisan kedua. Letakkan kepingan pasta lagi untuk lapisan ketiga dan tuang campuran keju ricotta sebagai lapisan keempat.
5.         Ulang langkah di atas sehingga semua bahan-bahan habis digunakan. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan campuran keju ricotta. Taburkan keju mozzarella dan parmesan di bahagian atasnya.
6.         Bakar pada suhu 180-190ºC selama 45 minit. Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas daripada kering. Tetapi buka foil tersebut pada 15 minit terakhir untuk memerangkan lapisan atas lasagna.
Chicken Ham Mushroom Macaroni With Cheese



                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
125
gram
Macaroni
periuk
15
gram
mentega
mangkuk
125
ml
Susu segar
Jug penyukat
125
ml
Cooking cream
Jug penyukat
2
tbsp
Keju Parmesan
mangkuk
30
gram
cendawan butang
mangkuk
30
gram
Daun pasli
mangkuk
10
gram
halia
magkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk

Langkah-langkah:
  1.    Panaskan kuali dan masukkan mentega. Saute bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cendawan butang dan saute sehingga sedikit kekuningan.
    2.    Masukkan sedikit susu segar dan juga heavy cream. Kacau secara perlahan-lahan
    3.    Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga sedikit pekat.
    4.    Masukkan macaroni yang telah direbus ke dalam kuali. Kacau
    5.    Perasakan dengan lada putih dan sedikit garam.
    6.    Sedia untuk dihidang.



Sos Tomato



                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
375
ml
Stok perang
Jug penyukat
10
gram
marjerin    *            brown roux
mangkuk
10
gram
Tepung gandum *
mangkuk
125
gram
Tomato puri
mangkuk
5
gram
Bawang putih
mangkuk
100
gram
 *Bawang besar
mangkuk
50
gram
Seleri   *                 mirepoix
mangkuk
50
gram
Lobak merah *
mangkuk
3
gram
Daun bay
mangkuk
1/2
gram
Thyme
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk

Langkah-langkah:
1.    Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.
2.    Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi brown roux. Sejukkan brown roux.
3.    Cairkan mentega di dalam periuk di atas  api dan masukkan mirepoix, tomato puri, dan bawang putih. Tumis sehingga keperangan.      
4.    Masukkan stok ke dalam periuk brown roux sedikit demi sedikit dan kacau sehinga mendidih.
5.    Renehkan selama 30 minit, sesuaikan rasa dan sejukkan.
6.    Angkat dan tapis menggunakan kain maslin.


Wednesday, 10 April 2013

Pasta

Assalamualaikum w.b.t.

Pada minggu ini, Chef Farhain akan berkongsi beberapa resepi baru yang bertemakan pasta dengan anda. Baiklah... Sebelum itu, jom sama-sama kita menjelajah dunia pasta terlebih dahulu.

PASTA



JENIS-JENIS PASTA & SIFATNYA




MENENTUKAN KUALITI PASTA

Pasta yang terbaik dihasilkan daripada tepung semolina (suji) iaitu sejenis tepung yang tinggi kandungan proteinnya.

Ciri- ciri pasta yang bermutu adalah:

v  Berwarna kelihatan kuning tidak kelabu.
v  Kenyal tetapi mudah untuk dikunyah.
v  Dapat mengekalkan bentuknya setelah dimasak.








Sunday, 31 March 2013

Cold Appertizer, Salad And Dressing



Pada kelas amali minggu ini, kami telah mempelajari dan menyediakan hidangan berkaitan cold appetizer, salad dan dressing. Kami telah mempelajari bagaimana dan bila salad akan dihidangkan dalam hidangan, jenis-jenis salad, jenis-jenis dressing dan jenis-jenis Hors d’ouerves. Terdapat lima cara untuk salad dihidangkan dalam hidangan iaitu yang pertama sebagai appetizer salad untuk membuka selera makan si pemakan. Kedua adalah sebagai side salad bagi mengiringi hidangan utama sebagai ulam. Ketiga pula dalah sebagai main course salad. Salad akan dihidangkan dengan heartier fare seperti daging, ikan dan ayam. Keempat adalah sebagai palate - cleansing salad untuk membersihkan perut selepas mengambil main course. Kelima, salad juga dihidangkan sebagai dessert salad yang mana rasanya manis dan biasanya mengandungi buah-buahan, gelatin atau krim putar.

Terdapat tiga jenis salad iaitu green salad, vegetable salad dan bond salad. Green salad adalah salad yang berwarna hijau. Manakala vegetable salad pula terdiri daripada sayur-sayuran yang berwarna warni. Bond salad pula terdiri daripada campuran seperti ayam dan ikan.Terdapat 3 jenis salad dressing yang kami sediakan iaitu vinaigrette, creamy dan cooked. Salad dressing  adalah sejenis sos yang dicurahkan pada salad, roti atau sandwich. Vinaigrette adalah campuran seperti cuka, salad oil, garam dan lada sulah. Manakala dressing jenis creamy biasanya berasaskan mayonis, tetapi juga mungkin mengandungi yogurt, krim masam, dadih, susu, atau crème fraiche. Cooked dressing menyerupai creamy dressing tetapi ianya ditambah dengan agen pemekat seperti kuning telur dan dimasak dengan menggunakan api yang perlahan. Kami juga belajar mengenai hors d’ouerves yang terdiri daripada canapé dan crudite. 

Resipi Minggu 5


Shitake Canape 




Bahan-bahan :

20 g               cendawan shitake
3 keping        roti putih
30 g               isi ayam Turki                        | dihiris kecil
10 g               tomato ceri                             | dihiris
200 g             tuna (di dalam tin)
10 g               daun salad
30 g               mayonis
 
Cara penyediaan:

1.    Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
2.    Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.
3.    Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.
4.    Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.
5.    Sedia untuk dimakan.


                                                   Basic Vinaigrette


Bahan-bahan:

20 ml               cuka
½ tsp               garam
½ tsp               lada sulah
20 ml               olive oill

Cara penyediaan:

 1.         Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
 2.         Kacau lagi sebelum digunakan.


                                                                  Mayonis



Bahan-bahan:

4 biji                 telur kuning
6 ml                 cuka
2 tsp                garam
2 tsp                mustard kering
1/2 tsp             paprika*
 ½ tsp              serbuk cili*
200 ml             olive oil*
10 ml               cuka
10 ml               jus lemon

Cara penyediaan:

1.         Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati.
2.         Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.
3.         Masukkan olive oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.
4.         Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
5.         Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon.



                                                                Caesar Salad



Bahan-bahan:

350 g                           daun salad Romaine
50 gm                          roti
20 ml                           olive oil
5                                  hirisan ikan bilis dalam botol (anchovy fillets)
2 ml                             bawang putih, dihancurkan
1 biji                             telur (direbus dengan api perlahan selama 1-2 minit)
25 ml                           jus lemon
85 ml                           olive oil
½ tsp                           garam
10 g                             parmesan cheese, disagat

Cara penyediaan:

1.         Basuh daun salad dengan bersih. Simpan di dalam refrigerator.
2.         Buang bahagian tepi roti dan potong kepada kiub kecil (1cm).
3.         Panaskan kuali dengan lapisan nipis olive oil. Saute roti berkenaan (crouton)            sehingga perang dan rangup. Angkat daripada api.



                                                               Deviled Egg



            Bahan-bahan :

3 biji    telur
50 ml   mayonaise
30g      yellow mustard
½ tsp    garam
50g      lada benggala warna merah & hijau
50g      bawang
5 ml     cuka

Cara Penyediaan :
  1.  Rebus telur dengan memaasukkan cuka & garam.
  2. Ambil telur kuning yang telah siap direbus dan satukan dalam bekas.
  3. Hancurkan telur kuning tersebut. Campurkan bahan-bahan lain yang dinyatakan.
  4. Jika inginkan rasanya creamy dan sedikit pedas, lebihkan mayonaise dan cili.
  5. Ambil 1 tsp telur kuning yang telah dicampurkan tadi dan letak semula ke dalam telur putih tersebut.








Sunday, 24 March 2013

Appertizer & Soup


 Sup adalah hidangan yang menjadi kebiasaan dalam setiap budaya kerana ia senang disediakan dan berkhasiat. Dalam trsdisi Perancis, sup dikelaskan kepada dua kumpulan umum iaitu clear soup dan thick soup. Clear soup termasuklah vegetable, bouillon broth dan consommé. Kebanyakan sup ayam adalah clear soup.  Manakala thick soup pula terdiri daripada chowder, cream, puree dan bisque. Perbezaan utama antara puree and cream adalah cream biasanya memekat dengan kanji tambahan seperti roux. puree pula memekat oleh kanji yang terdapat pada bahan utama puri seperti ubi kentang.

Perkara pertama yang perlu diketahui apabila belajar untuk menyediakan pembuka selera pula ialah mengetahui maksud pembuka selera itu sendiri dan pentingnya untuk kita mengetahui resipi yang sihat untuk hidangan pembuka selera. Pembuka selera(apperizer) adalah makanan atau minuman yang dihidangkan sebelum makan untuk merangsang selera makan. Contoh pembuka selera yang sihat dan mudah disediakan adalah salad segar, clear soup, koktel, makanan laut dan buah-buahan.

Untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066) yang ke empat ini,  menu yang perlu kami sediakan adalah consommé, cream of mushroom soup, garlic bread dan prawn cocktail. Di harap, segala info yang dikongsi bersama dan resipi yang telah diinovasikan ini dapat dicuba oleh pembaca sendiri untuk mengetahui hasilnya.