Sunday 24 March 2013

Appertizer & Soup


 Sup adalah hidangan yang menjadi kebiasaan dalam setiap budaya kerana ia senang disediakan dan berkhasiat. Dalam trsdisi Perancis, sup dikelaskan kepada dua kumpulan umum iaitu clear soup dan thick soup. Clear soup termasuklah vegetable, bouillon broth dan consommé. Kebanyakan sup ayam adalah clear soup.  Manakala thick soup pula terdiri daripada chowder, cream, puree dan bisque. Perbezaan utama antara puree and cream adalah cream biasanya memekat dengan kanji tambahan seperti roux. puree pula memekat oleh kanji yang terdapat pada bahan utama puri seperti ubi kentang.

Perkara pertama yang perlu diketahui apabila belajar untuk menyediakan pembuka selera pula ialah mengetahui maksud pembuka selera itu sendiri dan pentingnya untuk kita mengetahui resipi yang sihat untuk hidangan pembuka selera. Pembuka selera(apperizer) adalah makanan atau minuman yang dihidangkan sebelum makan untuk merangsang selera makan. Contoh pembuka selera yang sihat dan mudah disediakan adalah salad segar, clear soup, koktel, makanan laut dan buah-buahan.

Untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066) yang ke empat ini,  menu yang perlu kami sediakan adalah consommé, cream of mushroom soup, garlic bread dan prawn cocktail. Di harap, segala info yang dikongsi bersama dan resipi yang telah diinovasikan ini dapat dicuba oleh pembaca sendiri untuk mengetahui hasilnya.

No comments:

Post a Comment