Sunday 31 March 2013

Cold Appertizer, Salad And Dressing



Pada kelas amali minggu ini, kami telah mempelajari dan menyediakan hidangan berkaitan cold appetizer, salad dan dressing. Kami telah mempelajari bagaimana dan bila salad akan dihidangkan dalam hidangan, jenis-jenis salad, jenis-jenis dressing dan jenis-jenis Hors d’ouerves. Terdapat lima cara untuk salad dihidangkan dalam hidangan iaitu yang pertama sebagai appetizer salad untuk membuka selera makan si pemakan. Kedua adalah sebagai side salad bagi mengiringi hidangan utama sebagai ulam. Ketiga pula dalah sebagai main course salad. Salad akan dihidangkan dengan heartier fare seperti daging, ikan dan ayam. Keempat adalah sebagai palate - cleansing salad untuk membersihkan perut selepas mengambil main course. Kelima, salad juga dihidangkan sebagai dessert salad yang mana rasanya manis dan biasanya mengandungi buah-buahan, gelatin atau krim putar.

Terdapat tiga jenis salad iaitu green salad, vegetable salad dan bond salad. Green salad adalah salad yang berwarna hijau. Manakala vegetable salad pula terdiri daripada sayur-sayuran yang berwarna warni. Bond salad pula terdiri daripada campuran seperti ayam dan ikan.Terdapat 3 jenis salad dressing yang kami sediakan iaitu vinaigrette, creamy dan cooked. Salad dressing  adalah sejenis sos yang dicurahkan pada salad, roti atau sandwich. Vinaigrette adalah campuran seperti cuka, salad oil, garam dan lada sulah. Manakala dressing jenis creamy biasanya berasaskan mayonis, tetapi juga mungkin mengandungi yogurt, krim masam, dadih, susu, atau crème fraiche. Cooked dressing menyerupai creamy dressing tetapi ianya ditambah dengan agen pemekat seperti kuning telur dan dimasak dengan menggunakan api yang perlahan. Kami juga belajar mengenai hors d’ouerves yang terdiri daripada canapé dan crudite. 

No comments:

Post a Comment