Monday 4 March 2013

Jom terokai bersama kami

Assalamualaikum w.b.t......


Agak-agak apa pembelajaran pertama Chef Farhain di dapur hari ini? hmmmmm.... belum ada idea? Jika tengok gambar kat atas ini, mungkin kamu dah boleh tau kot.! OK... dah ready semua untuk menjelajah resipi dapur Chef Farhain? Minggu ini, kami ingin perkenalkan beberapa jenis pisau dapur dan teknik menggunakan pisau dapur dengan betul. Setiap jenis pisau mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut bentuk dan saiznya. Kami juga ingin berkongsi tentang cara pemotongan asas sayuran. Terdapat pelbagai jenis potongan yang dibuat dalam masakan. Antara jenis potongan asas sayuran yang diajar adalah potongan julienne, batonnet, chiffonade, macedoine, bruinnoise dan paysanne serta turned potatoes.


1 comment: