Pai Ayam
Bahan yang
diperlukan Alatan memasak
|
Doh pastri lapis:
200g Tepung gandum (diayak)
150g Marjerin pastri
50g Mentega
125ml Air
sejuk
5g Jus limau/ krim tartar/
cuka
5g Garam
Isian ayam :
150g Isi ayam
(dipotong dadu dan diperap dengan lada
sulah)
1
batang Lik – dipotong dadu
kecil
70gm
Cendawan butang – dihiris
1tbsp
Mentega
1tbsp
Tepung
50ml
Stok ayam
1tbsp
Pasli – dicincang
½
tsp Fresh thyme
4tbsp Minyak masak
1
biji Telur (direbus dan
dihiris nipis)
Garam
Lada
sulah
|
Pengayak,
pencanai, plastic wraper, pastry
brush, non-stick pan, sudip kayu, whisk
dan acuan pai
|
Cara penyediaan doh
pastri lapis:
1. Sukat dan timbang semua bahan.
2. Bentukkan 150g pastri marjerin kepada
empat segi panjang dan nipis. Balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti
sejuk.
3. Ayak tepung bersama-sama garam ke dalam
mangkuk adunan.
4. Gaul serta ramas tepung dan 50g mentega
sehingga menyerupai serbuk roti.
5. Buat lubang di tengah-tengah tepung.
Masukkan cecair sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.
6. Balut doh dengan plastik dan simpan di
dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum digunakan.
7. Keluarkan dan canai doh menjadi bentuk
bujur.
8. Letakkan pastri marjerin di atas 2/3
bahagian doh.
9. Lipat 1/3 bahagian yang tiada merjerin
ke tengah. Tekan bahagian tepi pastri.
10. Canaikan doh secara memanjang. Kemudian
lipat dengan teknik buku (book turn).
11. Balut doh dengan plastik. Rehatkan selama
15 minit di dalam peti sejuk.
12. Keluarkan doh dan ulangi langkah 8 dan 9
sebanyak dua kali.
13. rehatkan di dalam peti sejuk dan
keluarkan apabila hendak digunakan.
|
Cara penyediaan isian
ayam:
1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam
dan masak seketika selama 5 minit sehingga warna ayam keperang-perangan.
Angkat isi ayam tersebut.
2. Kemudian, di dalam kuali yang sama,
masukkan pula lik dan cendawan. Masak seketika, angkat dan letakkan dalam
bekas berasingan.
3. Masukkan mentega, biarkan ia mencair.
Kemudian, masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan stok dan kacau
menggunakan whisk sehingga pekat.
Masukkan isi ayam tadi, lik, cendawan dan tambahkan daun pasli dan thyme ke dalam kuali. Perasakan dengan
garam dan lada sulah. Masak hingga sebati dan pekat dan angkat.
4. Sejukkan sebelum digunakan.
Cara penyediaan pai ayam
:
1.
Sediakan
satu kuantiti doh pastri lapis.
2.
Panaskan
ketuhar dan griskan acuan pai.
3.
Canai
pastri menjadi 0.5cm tebal. Bahagikan kepada dua keping.
4. Alaskan
acuan pai dengan sekeping pastri. Potong bahagian tepi acuan pai.
5.
Masukkan
inti ayam ke dalam acuan dan letakkan
hirisan telur di atas inti.
6.
Basahkan
bahagian tepi pai dan tutup dengan sekeping pastri lagi. Tekan perlahan tepi
pai untuk melekatkannya.
7.
Gliskan
kuning telur (egg wash) pada
permukaan pai.
8. Slit
bahagian tengah pai dan hiaskan dengan lebihan pastri. Bakar pada suhu 200°C
sehingga warna perang keemasan.
Petua memasak
*** pastikan pastri marjerin dan doh lapis betul-betul keras sebelum dicanai bagi mengelakkan doh tersebut pecah ketika dicanai
*** jangan lupa untuk membuat slit (belah) pada bahagian tengah pai bagi mengelakkan permukaan pai merekah dan pecah....slit juga boleh dilakukan dengan lubang yang dicucuk menggunakan garfu
|
Pastry Choux
Bahan yang
diperlukan Alatan memasak
|
100ml Air
45gm Mentega
1 biji Telur
60gm Tepung serbaguna – diayak
¼ tsp Garam
1tsp Gula
Inti krim
:
250ml Susu – disuamkan
1 biji Telur
1 biji Kuning telur
15gm Tepung kastard
15gm Tepung jagung
50gm Gula kastor
¼ tsp Esen vanila
|
Pengayak, periuk, dulang pembakar, sudip
kayu, whisk, piping bag dan pastry brush
|
Cara
penyediaan:
1. Didihkan air, masukkan mentega
bersama-sama gula dan garam.
2. Alihkan periuk dari api dan masukkan
tepung sekali gus.
3. Kemudian, letakkan semula di atas api.
Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi periuk.
4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam
mangkuk adunan. Sejukkan.
5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan
sambil memutar adunan sehingga sebati dan licin.
6. Dengan menggunakan nozzle dan piping bag,
paipkan menjadi bentuk puff dan éclairs.
Cara
penyediaan inti krim :
1. Pukul telur, kuning telur, tepung
kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanila hingga sebati.
2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan
kacau adunan hingga rata.
3. Masak di atas api sederhana sehingga
kastard mendidih dan agak likat.
4. Sejukkan sebelum digunakan.
Petua memasak
*** pastikan air tidak mendidih ketika mencairkan mentega dan sebatikan tepung bagi mengelakkan puff yang dihasilkan menjadi terlalu rapuh
*** gunakan whisk ketika mengacau bahan untuk inti krim bagi mengelakkan tekstur krim yang dihasilkan tidak berketul-ketul
Soft Roll
Bahan yang
diperlukan Alatan memasak
|
190gm
Tepung High protein - diayak
50gm
Tepung naik sendiri
-diayak
30gm
Marjerin
100ml
Susu
30gm
Gula kastor
6gm
Yis
1biji
Telur
3gm
Garam
|
Pengayak, dulang pembakar dan pastry brush
|
Cara
penyediaan:
1.
Satukan
tepung dan buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, yis, gula dan susu.
2.
Uli
campuran tersebut hingga menjadi doh.
3.
Masukkan
marjerin dan teruskan menguli.
4. Akhir
sekali, masukkan garam. Uli sekata. Rehatkan doh selama 30 minit-45 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
5. Setelah
direhatkan, pukul doh untuk mengeluarkan angin dan potong doh kepada 35gm
setiap satu.
6.
Uli
doh menjadi bentuk bulat dan bakar selama 15 minit pada suhu 180 °C.
Petua memasak
*** pastikan doh diuli lama bagi mengeluarkan angin untuk melembutkan gluten yang terdapat di dalam doh tersebut supaya soft roll yang dihasilkan menjadi lembut
*** soft roll yang tinggi kualitinya akan naik semula ke bentuk asal apabila ditekan....ini menandakan soft roll yang dihasilkan lembut dan tidak liat
|
No comments:
Post a Comment