Sup adalah hidangan yang menjadi kebiasaan dalam setiap budaya kerana ia
senang disediakan dan berkhasiat. Dalam trsdisi Perancis, sup dikelaskan kepada
dua kumpulan umum iaitu clear soup dan thick soup. Clear soup termasuklah
vegetable, bouillon broth dan consommé. Kebanyakan sup ayam adalah clear soup. Manakala thick soup pula terdiri daripada chowder, cream, puree dan bisque. Perbezaan
utama antara puree and cream adalah cream biasanya memekat dengan kanji
tambahan seperti roux. puree pula memekat oleh kanji yang terdapat pada bahan
utama puri seperti ubi kentang.
Perkara pertama yang perlu diketahui apabila belajar
untuk menyediakan pembuka selera pula ialah mengetahui maksud pembuka selera
itu sendiri dan pentingnya untuk kita mengetahui resipi yang sihat untuk
hidangan pembuka selera. Pembuka selera(apperizer) adalah
makanan atau minuman yang dihidangkan sebelum makan untuk merangsang selera
makan. Contoh pembuka selera yang sihat dan mudah disediakan adalah
salad segar, clear soup, koktel, makanan laut dan buah-buahan.
Untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066) yang ke empat ini, menu yang perlu kami sediakan adalah consommé,
cream of mushroom soup, garlic bread dan prawn cocktail. Di harap, segala info yang
dikongsi bersama dan resipi yang telah diinovasikan ini dapat dicuba oleh
pembaca sendiri untuk mengetahui hasilnya.