Saturday, 27 April 2013

Resepi minggu 8

Fish Main Course

Kebiasaanya, ikan yang lebih besar digunakan dalam hidangan fish main course.
 Ikan perlu di cuci terlebih dahulu sebelum melakukan proses pemotongan. 
 Sisik ikan dibuang bermula pada akhir ekor ikan dan mengikis kulit dari ekor ke kepala. 
Jika resipi memerlukan ikan yang berkulit, maka sisik pada ikan tersebut perlu dibuang dan bilas di bawah aliran air sejuk. 

Kaedah Fillet bergantung kepada :
 Jenis ikan 

Ikan flat (Sole, Plaice, Turbot)
 membuang kepala dengan pisau yang tajam kemudian membuat pemotongan yang mendalam di tengah-tengah bahagian belakang. Masukkan hujung pisau ke pemotongan itu kemudian sedikit demi sedikit mengasingkan isi ikan daripada tulang, 

Ikan round pula (Mackerel, Trout, Cod, Salmon) 
Potong kepala, sirip dan ekor dan mengeluarkan usus. Masukkan pisau di bawah tulang belakang dengan perlahan-lahan. Ini akan meninggalkan keseluruhan isi ikan tanpa tulang belakang dan bilas di bawah air sejuk

Resepi 

Grilled Grouper Steak served with Mustard Sauce accompanied with Marquis Potato and Sauted Broccoli and Carrot



*Grilled Grouper Steak
*Mustard Sauce
*Marquis Potato
*Sauted Broccoli and Carrot

                                                   

Grilled Grouper Steak

  

 Porsi : 1 orang
                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
100
gram
ikan siakap (fillet)
mangkuk
15
gram
mentega
mangkuk
25
gram
keju Parmesan
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
serbuk lada hitam
mangkuk


Langkah-langkah:
1.  Sapukan stik ikan dengan mentega, perapkan  dengan garam dan lada sulah. 
    Gaul rata.
2.  Gril ikan sehingga perang.
3.  Terbalikkan ikan, sapu mentega dan taburkan keju Parmesan.

Petua memasak 
** sedikit serbuk paprika, daun pasli dan bawang putih yang dicincang boleh ditambah ketika memerap isi ikan bagi menguatkan lagi rasa pada isi ikan


Mustard Sauce

  

Porsi : 1 orang
                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
100
gram
ubi kentang (direbus dan dilecek)
mangkuk
20
gram
mentega
mangkuk
10
gram
kuning telur
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
5
gram
bawang Holland (dicincang halus)
mangkuk



Langkah-langkah:
1.            Sediakan white roux.
2.            Panasakan susu dengan onion pique. Angkat dan biarkan suam.
3.            Masukkan susu suam sedikit demi sedikit ke dalam roux. Kacau sehingga licin.
4.            Masukkan mustard dan kacau sehingga pekat. Perasakan.


Petua memasak 
** hanya gunakan sedikit pes mustard kerana jika digunakan terlalu banyak ianya akan menjadikan sos menjadi pahit
** gunakan perwarna tiruan berwarna kuning bagi menghasilkan warna kuning yang cantik pada sos

Marquis Potato

  

Porsi : 1 orang
                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
100
gram
ubi kentang (direbus dan dilecek)
mangkuk
20
gram
mentega
mangkuk
10
gram
kuning telur
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
5
gram
bawang Holland (dicincang halus)
mangkuk


Langkah-langkah:

1. Campurkan kentang, kuning telur, mentega, lada sulah dan garam.
2.  Bentukkan adunan seperti sarang burung. Glis dan bakar.
3.  Sediakan tomato cancasse. Panaskan mentega dan sauté bawang besar. 
    Masukkan tomato dan reneh sehingga sejat. Perasakan.
4.   Letak di dalam kentang yang telah dibakar tadi.


Petua memasak 
** pastikan kentang betul-betul empuk bagi memudahkan proses untuk melecek dan mengelakkan tekstur Marquis Potato yang dihasilkan tidak berketul
**glis permukaan Marquis Potato dengan putih telur bagi mengelakkannya hangus ketika proses membakar


Sauted Broccoli And Carrot

  

Porsi : 1 orang
                     Bahan yang diperlukan                                                     Alatan diperlukan
15
gram
mentega
mangkuk
50
gram
brokoli
mangkuk
50
gram
lobak merah
mangkuk
-
secukupnya
lada sulah
mangkuk
-
secukupnya
garam
mangkuk

Langkah-langkah:
1. Saute atau blanching sayur sehingga agak masak.
2.  Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu.

Petua memasak 
** gunakan brokoli dan lobak merah yang segar kerana jika kurang segar akan mempengaruhi rasa dan warna penampilan Sauted Broccoli and Carrot










No comments:

Post a Comment