Sunday, 31 March 2013

Cold Appertizer, Salad And Dressing



Pada kelas amali minggu ini, kami telah mempelajari dan menyediakan hidangan berkaitan cold appetizer, salad dan dressing. Kami telah mempelajari bagaimana dan bila salad akan dihidangkan dalam hidangan, jenis-jenis salad, jenis-jenis dressing dan jenis-jenis Hors d’ouerves. Terdapat lima cara untuk salad dihidangkan dalam hidangan iaitu yang pertama sebagai appetizer salad untuk membuka selera makan si pemakan. Kedua adalah sebagai side salad bagi mengiringi hidangan utama sebagai ulam. Ketiga pula dalah sebagai main course salad. Salad akan dihidangkan dengan heartier fare seperti daging, ikan dan ayam. Keempat adalah sebagai palate - cleansing salad untuk membersihkan perut selepas mengambil main course. Kelima, salad juga dihidangkan sebagai dessert salad yang mana rasanya manis dan biasanya mengandungi buah-buahan, gelatin atau krim putar.

Terdapat tiga jenis salad iaitu green salad, vegetable salad dan bond salad. Green salad adalah salad yang berwarna hijau. Manakala vegetable salad pula terdiri daripada sayur-sayuran yang berwarna warni. Bond salad pula terdiri daripada campuran seperti ayam dan ikan.Terdapat 3 jenis salad dressing yang kami sediakan iaitu vinaigrette, creamy dan cooked. Salad dressing  adalah sejenis sos yang dicurahkan pada salad, roti atau sandwich. Vinaigrette adalah campuran seperti cuka, salad oil, garam dan lada sulah. Manakala dressing jenis creamy biasanya berasaskan mayonis, tetapi juga mungkin mengandungi yogurt, krim masam, dadih, susu, atau crème fraiche. Cooked dressing menyerupai creamy dressing tetapi ianya ditambah dengan agen pemekat seperti kuning telur dan dimasak dengan menggunakan api yang perlahan. Kami juga belajar mengenai hors d’ouerves yang terdiri daripada canapé dan crudite. 

Resipi Minggu 5


Shitake Canape 




Bahan-bahan :

20 g               cendawan shitake
3 keping        roti putih
30 g               isi ayam Turki                        | dihiris kecil
10 g               tomato ceri                             | dihiris
200 g             tuna (di dalam tin)
10 g               daun salad
30 g               mayonis
 
Cara penyediaan:

1.    Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
2.    Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.
3.    Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.
4.    Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.
5.    Sedia untuk dimakan.


                                                   Basic Vinaigrette


Bahan-bahan:

20 ml               cuka
½ tsp               garam
½ tsp               lada sulah
20 ml               olive oill

Cara penyediaan:

 1.         Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
 2.         Kacau lagi sebelum digunakan.


                                                                  Mayonis



Bahan-bahan:

4 biji                 telur kuning
6 ml                 cuka
2 tsp                garam
2 tsp                mustard kering
1/2 tsp             paprika*
 ½ tsp              serbuk cili*
200 ml             olive oil*
10 ml               cuka
10 ml               jus lemon

Cara penyediaan:

1.         Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati.
2.         Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.
3.         Masukkan olive oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.
4.         Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
5.         Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon.



                                                                Caesar Salad



Bahan-bahan:

350 g                           daun salad Romaine
50 gm                          roti
20 ml                           olive oil
5                                  hirisan ikan bilis dalam botol (anchovy fillets)
2 ml                             bawang putih, dihancurkan
1 biji                             telur (direbus dengan api perlahan selama 1-2 minit)
25 ml                           jus lemon
85 ml                           olive oil
½ tsp                           garam
10 g                             parmesan cheese, disagat

Cara penyediaan:

1.         Basuh daun salad dengan bersih. Simpan di dalam refrigerator.
2.         Buang bahagian tepi roti dan potong kepada kiub kecil (1cm).
3.         Panaskan kuali dengan lapisan nipis olive oil. Saute roti berkenaan (crouton)            sehingga perang dan rangup. Angkat daripada api.



                                                               Deviled Egg



            Bahan-bahan :

3 biji    telur
50 ml   mayonaise
30g      yellow mustard
½ tsp    garam
50g      lada benggala warna merah & hijau
50g      bawang
5 ml     cuka

Cara Penyediaan :
  1.  Rebus telur dengan memaasukkan cuka & garam.
  2. Ambil telur kuning yang telah siap direbus dan satukan dalam bekas.
  3. Hancurkan telur kuning tersebut. Campurkan bahan-bahan lain yang dinyatakan.
  4. Jika inginkan rasanya creamy dan sedikit pedas, lebihkan mayonaise dan cili.
  5. Ambil 1 tsp telur kuning yang telah dicampurkan tadi dan letak semula ke dalam telur putih tersebut.