Pada
kelas amali minggu ini, kami telah mempelajari dan menyediakan hidangan
berkaitan cold appetizer, salad dan dressing. Kami telah mempelajari
bagaimana dan bila salad akan dihidangkan dalam hidangan, jenis-jenis salad,
jenis-jenis dressing dan jenis-jenis Hors d’ouerves. Terdapat lima cara untuk
salad dihidangkan dalam hidangan iaitu yang pertama sebagai appetizer salad untuk membuka selera makan si pemakan. Kedua adalah sebagai side salad bagi mengiringi hidangan
utama sebagai ulam. Ketiga pula dalah sebagai main course salad. Salad akan dihidangkan dengan heartier fare seperti daging, ikan dan
ayam. Keempat adalah sebagai palate -
cleansing salad untuk membersihkan perut selepas mengambil main course. Kelima, salad juga
dihidangkan sebagai dessert salad
yang mana rasanya manis dan biasanya mengandungi buah-buahan, gelatin atau krim
putar.
Terdapat tiga jenis salad iaitu green salad, vegetable salad dan bond salad. Green salad adalah
salad yang berwarna hijau. Manakala vegetable
salad pula terdiri daripada sayur-sayuran yang berwarna warni. Bond salad pula terdiri daripada
campuran seperti ayam dan ikan.Terdapat 3 jenis salad dressing yang kami sediakan iaitu vinaigrette, creamy dan cooked.
Salad dressing adalah sejenis sos
yang dicurahkan pada salad, roti atau sandwich. Vinaigrette adalah campuran seperti cuka, salad oil, garam dan lada sulah. Manakala dressing jenis creamy
biasanya berasaskan mayonis, tetapi juga mungkin mengandungi yogurt, krim
masam, dadih, susu, atau crème fraiche.
Cooked dressing menyerupai creamy dressing tetapi ianya ditambah
dengan agen pemekat seperti kuning telur dan dimasak dengan menggunakan api
yang perlahan. Kami juga belajar mengenai hors
d’ouerves yang terdiri daripada canapé
dan crudite.
No comments:
Post a Comment