Pembelajaran
kelas pertama untuk amali Penyediaan Masakan Barat(VEF 3066)
bersama En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim sebagai tenaga pengajar amat
menyeronokkan. Kami telah mempelajari mengenali beberapa jenis pisau dapur,
teknik memegang pisau dengan betul dan jenis-jenis potongan asas sayuran.
Kami perhatikan ruang bengkel masak
semester ini mengalami sedikit perubahan terutamanya dari segi susun atur
alatan di mana kami dapat menggunakan bengkel masak dengan begitu selesa
sekali. Namun demikian, masalah singki bahagian unit kami masih lagi tersumbat.
Diharap, pembaikian dapat dilakukan secepat mungkin agar kami dapat menjalani
pembelajaran tanpa sebarang masalah atau menukar sahaja kumpulan kami di
bahagian unit lain.
Kami banyak mendapat perkongsian ilmu baru daripada tenaga pengajar. Kesimpulannya,
pembelajaran pada minggu ini adalah pada tahap memuaskan dan kami akan perbaiki
segala kelemahan kami untuk amali seterusnya. Peningkatan dari semasa ke semasa
akan kami buktikan kepada En. Saiful Azhar Bin Mahat @ Kassim.
ok... teruskan.. :)
ReplyDelete